Warkah Cinta Buat Bakal Suamiku

 

Dengan Nama Allah Yang Maha

Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 

Assolatuwassalam,selawat dan

salam buat junjungan mulia,

Muhammad S.A.W Kekasih

Istimewa…

 

Salam Sejahtera buat bakal suamiku,

moga Allah sentiasa merahmati dn

memberkati dirimu yg tidak

pernah kutemui, namun doaku tidak

pernah putus mengiringi setiap

langkahmu demi meraih

keredhaan-Nya…

 

“Seindah perhiasan dunia adalah

wanita yang solehah,”

 

Kumulakan warkah ini dengan bait

indah yang ditinggalkan Rasulullah

S.A.W kepada seisi alam.

 

Wanita

solehah! Idaman semua muslimin di

alam maya ini…Alhamdulillah, itulah

anjuran Islam yg kita cintai,

pilihlah wanita yang mampu

menyejukkan pandanganmu dan

juga baitul muslim yg bakal dibina

tika sampai saat itu, Insya Allah.

 

Calonzaujku,

 

“Dinikahi seorang wanita itu kerana

empat perkara hartanya,

keturunannya, kecantikannya dan

agamanya.

 

Maka pilihlah hal

keagamaannya, maka beruntunglah

kedua-duatanganmu…”

 

Telah dinukilkan panduan sepanjang

zaman, itulah lirikan utama buatmu

memilih calon isteri.

 

Tiap baris itu

telah menjadi hafalanku sejak aku

mengenali dunia baligh ini.

 

Jika harta

yang kau idamkan, ketahuilah diriku

tidak punya apa-apa harta di dunia

ini melainkan ilmu agama yang telah

dititipkan buatku insya Allah

 

Tiada harta untuk kupersembahkan

dalam taklik ijab kita nanti.

 

Tiada harta sebagai jaminan bahawa

kau akan menikmati sedikit

kesenangan apabila ijab bersaksi

telah dilafazkan.

 

Hanya ketenangan

yang mampu aku sediakan

buatmu kerana aku pernah terbaca

kata-kata…

 

“Dan di antara tanda-tanda

kekuasaan-Nya ialah Dia

menciptakan untukmu isteri-

isteri dari jenismu sendiri, supaya

kamu cenderung dan merasa

tenteram kepadanya,

dan dijadikannya di antaramu rasa

kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

 

Jika keturunan yang mulia itu yang

kau dambakan, ketahuilah jua aku

hanyalah insan biasa di dunia ini.

 

Kedua orang tuaku, telah menitipkan aku di

bawah pengawasan Allah sebagai

penjaga mutlak diriku.

 

Namun apa

yang pasti, aku adalah

keturunan mulia, ayahanda Nabi

Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama

seperti mu.

 

Ingin akuberkongsi lafaz

sahih ini denganmu …

 

“…maka bertawakallah kepada

Allah, sesungguhnya Allah mengasihi

orang yang bertawakal kepada-Nya.

 

Jika Allah menolong kamu maka,

tiada seseorangpun yang

boleh menghalang kamu, dan jika ia

mengecewakan kamu, maka

siapakah yang dapat menolong kamu

sesudah Allah (menetapkan

demikian)?

 

Dan ingatlah kepada

Allah jualah hendaknya orang yang

beriman itu berserah diri…” (Ali

Imran :159-160)

 

Kecantikan,itulah pandangan

pertama setiap insan.

 

Malah aku

meyakini bahawa kau juga

tidak terlepas seperti insan yang lain.

 

Ketahuilah, jika kecantikan itu yg

kau inginkan daripada diriku, kau

tlah tersalah langkah.

 

Tiada

kecantikan yg tidak terbanding

untuk kupertontonkan padamu.

 

Tlah aku hijabkan kecantikan diriku

ini dgn amalan ketaatan kepada

tuntutan agama yang kucintai.

 

Kau hanya membuang masa jika kau

menginginkan kecantikan lahiriah

semata-mata.

 

Aku tidak menjanjikan aku mampu

mmbahagiakan rumah tangga kita

nanti, kerana aku mmerlukan

engkau untuk bersama-samaku

menegakkan dakwah islamiyyah ini,

dn aku merelakan diri ini menjadi

penolongmu untuk mmbangunkan

sebuah markas dakwah dn

tarbiyyah ke arah jihad hamba-Nya

kepada Penciptanya yg

Agung.

 

Melalui pencarian ilmu agama

bersama, marilah kita jadikan

pernikahan ini sbagai risalah dmi

meneruskan perjuangan Islam.

 

Aku

‘masih kkurangan ilmu agama,tetapi

brbekalkan ilmu agama yg telah

dibekalkan ini, aku ingin menjadi

isteri yg sentiasa mendapat

keredhaan Allah dan suamiku

untuk mmudahkan aku mmbentuk

usrah muslim antara aku, kau dan

anak-anak kita untuk dibagiahkan

dgn keta’atan kepada Allah Yang

Maha Esa.

 

Aku brcita-cita bergelar

pendamping solehah, seperti mana

yg dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat

kurnia kepada lelaki yg bangun di

tengah malam lalu dia sembahyang

dan membangunkan isterinya, maka

sekiranya enggan juga bangun

untuk bersembahyang, dia

merenjiskan air ke mukanya.

 

Semoga

Allah memberi rahmat kurnia kepada

wanita yg bangun di tengah

malam lalu bersembahyang

dn membangunkan suaminya.

 

Maka

jika dia enggan, dia merenjiskan

airkemukanya.

 

” (Riwayat Abu Daud

dgn Isnad yang sahih)

Renungilah Firman-Nya ini, lalu kau

akan tahu hakikat diriku dan dirimu

dipertemukan oleh Allah atas

namanya pertemuan dan jodoh.

 

“Hai sekalian manusia, bertakwalah

kepada Tuhanmu yang telah

menciptakan kamu dari diri yg

satu, dan daripadanya Allah

menciptakan isterinya; dan

dari pada keduanya Allah

memperkembang biakkan lelaki dan

perempuan yang banyak.

 

Dan bertakwalah kepada Allah yg

dengan (mempergunakan) nama-Nya

kamu salingmeminta satu sama lain,

dan (peliharalah) hubungan

silaturrahim.

 

Sesungguhnya Allah

slalu menjaga dn mengawasi

kamu.” (An Nisaa’ : 1)

 

Calon Suamiku yg dirahmati,

“Kaum lelakiitu adlh pemimpin

bagi kaum wanita,oleh kerana Allah

telah melebihkan sebahagian mereka

(lelaki) atas sebahagian yg lain

(wanita),dan kerana mereka (lelaki)

telah menafkahkan sebahagian dari

harta mereka”.(An-Nissa’:34)

 

Membenarkan seperti apa yang telah

Dia katakan dlm Qalam-Nya yang

mulia, aku meyakini bahawa engkau

adlh pemimpin untukku dn anak-

anak pewaris kejihadan Islam yg

bakal lahir.

 

Jadikanlah pernikahan ini

sebagai asas pembangunan iman

dan bukannya untuk memuaskan

bisikan syaitan yg menjadikan

ikatan pernikahan sebagai tunjang

nafsu semata-mata.

 

Moga diriku dan

dirimu sentiasa

didampingi kerahmatan dn

keredhaan-Nya.

 

Lakukanlah

tanggungjawabmu itu dgn

syurga kesabaran, qana’ah ketabahan

moga kita akan menjadi salah satu

daripada jema’ahsaf menuju ke

syurga Insya Allah…

 

Ingin aku berbicara mengenai

pemberianmu kepadaku.

Kau terlalu

membimbangkan akan kehendak

bersifat duniawi semata-mata.

Benar?

 

Ketahuilah,aku

tidak menginginkan hantaran

bersusun,mas kahwin yg hanya

akan menyebabkan hatiku buta

dlm menilai erti kita dipertemukan

oleh Allah atas dasar agama.

 

Cukuplah seandainya, maharku

sebuah Qalam Mulia, Al-Quran,

kerana aku meyakini Qalam

itummpu memimpin rumah tangga

kita dlm meraih keredha’an-Nya

bukan kekayaan dunia yg bersifat

sementara.

 

Bantulah aku dlm

menjayakan agama Allah ini

melalui pernikahan,kerana ia adlh

laluan untuk aku menyempurnakan

separuh dari pada agamaku,

Insya Allah.

 

Akhlakmu yg terdidik

indah oleh ibu bapa dan orang

sekelilingmu, itulah yg aku

harapkan daripada kekayaan

duniawi yg kau sediakan.

 

Kutitipkan sebahagian daripada

pembacaanku dalam Jalan

Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi

wujud keborosan dan kebakhilan

kerana semuanya berada di dalam

udara Qana’ah (berpuas hati dengan

apa yang ada), redha danyakin

bahawa dunia ini bukanlah negara

Janatunna’im.

 

Lihtlah

rumah tangga Rasulullah S.A.W,

kadang” berlalu sebulan demi

sebulan, pernah dapurnya

tidak berasap kerana tidak ada

bahan makanan yg dpat

dimasak.

 

Walaupun demikian

susahnya, rumah tangga Rasulullah

S.A.W tetap menjadi rumah tangga

yg paling bahagia yg tidak ada

tolok bandingnya hingga ke hari ini.

 

Terlalu panjang rasanya aku

mencoretkan warkah ini. Cukup

dahulu buat tika ini, andai diizinkan

aku akan kembali menitipkankan lagi

kiriman bertintakan hati ini.

 

Akhir

bicara, maaf andai tiada pertemuan

yang kususuli kerana padaku

biarlahmerindu daripada jemu

tatkala kita disatukan.

 

Wassalam.

 

Dari,

Tulangrusuk kirimu.

 

Pertemuan…menghadiahkan kita

kasih sayang… jika cinta satu pasti

bertemu… ia tidakternilai… kerana

antara hati kita telah tiada

antaranya lagi yg ada hanyalahcinta

kasih Ilahi… kita berpisah hanya

sementara kerna pertemuan bukan

milikkita… jasad dan suara berjauhan

sentiasa namun cinta abadi… biar

berpisahselalu menderita kerana

syurga menagih ujian sedang neraka

dipagari oleh nikmat bertemu tidak

jemu..berpisah tak gelisah…

Ya Allah,gembirakan kami dengan

redha-Mu…